Siapa Idola dan Icon ku ??? Tunjuk ajar ku sifu.........

KENALI IDOLA KU...


· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Mengapa kita perlu menguasai ICT?



Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk berkongsi pendapat dan maklumat dalam topik penguasan terhadap ICT. Anda semua sedia maklum dengan peredaran globalisasi masa kini, manusia kian berlumba-lumba untuk menguasai teknologi maklumat. Tidak kira di dalam negara mahupun di luar negara. Ini bermakna kepentingan ICT jelas menunjukkan kepada kita sesebuah negara yang maju perlu menguasai ICT dengan baik.

Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan menguasai kemahiran ICT.Antaranya kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang teknologi.Dengan itu,kita dapat mencipta barangan berjenama seperti kereta.Oleh itu,kadar pengeluaran wang ke luar negara dapat dikurangkan dan kita tidak perlu mengimport barangan dari luar negara.Di samping itu,kita dapat memajukan diri sendiri dan membuktikan kepada rakyat luar negara bahawa rakyat Malaysia adalah intelek.Kita tidak bergantung harap kepada orang lain untuk memajukan diri dan negara sendiri seperti parasit tetepi kita hidup bedikari.

Apabila rakyat maju dan bersatu-padu,negara juga turut maju.Jika kita menguasai kemahiran ICT,kita dapat meningkatkan kemajuan negara sekaligus bersaing dengan negara luar.Kita juga dapat berkongsi berita dengan negara luar.Contohnya,kita boleh melihat negara lain dan mengetahui perkembangannya dengan melayari internet.Bak kata pepatah,`Dunia di hujung jari`.Jangan pula kita menjadi seperti katak di bawah tempurung,hanya mengetahui keadaan sekeliling sahaja dan cetek ilmu pengetahuan.Di samping itu,kita dapat meningkatkan taraf hidup setempat.Kita mudah mendapat peluang pekerjaan yang bergaji besar dan lumayan.

Selain itu,penguasaan kemahiran ICT juga dapat mempermudah kita berhubung dengan orang lain.Telefon bimbit,internet dan televisyen merupakan alat perhubungan yang canggih dan berguna.Telefon bimbit misalnya,mudah dibawa ke mana-mana.Perkara ini memberi kesenangan kepeda kita untuk berkomunakasi dari jarak jauh.Internet pula membolehkan kita melayari laman web untuk mengetahui atau mencari sesuatu pengetahuan.Kita boleh berbalas emel dengan sesiapa sahaja yang dikehendaki walaupun berada di tempat yang jauh dan berasingan.Penciptaan komputer riba pula memudahkan pergerakan kita.Komputer riba mudah dibawa ke mana-mana.Melalui televisyen pula,kita boleh menonton rancangan-rancangan yang menarik.Kesemua alat komunikasi tersebut telah dicipta oleh manusia yang menguasai kemehiran ICT.

Tambahan pula,penggunaan satelit membolehkan kita memberi isyarat kecemasan kepada negala luar.Begitu juga dengan negara luar.Mereka boleh memberi isyarat kecemasan kepada negara kita.Contohnya,tanggal 26 Disember 2004,berlaku satu bencana alam yang sangat dahsyat yang telah mengorbankan beribu-ribu orang.Bencana tersebut dikeneli sebagai Tsunami.walaupun jumlah kematian di negara kita adalah tinggi,masih tidak dapat menandingi jumlah kematian di Indonesia yang memcatatkan jumlah kematian yang tertinggi.Peristiwa tersebut akan diingati sampai bila-bila.Jika negara lain dapat memberi isyarat kecemasan kepada kerajaan Indonesia,pasti jumlah kematian dapat dikurangkan.

Kita juga senang bergaul dan diterima oleh bangsa lain jika kita dapat menguasai kemahiran ICT.Bayangkan jika kita mendapat tawaran belajar di luar negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat.Kedua-dua negara tersebut mempunyai alat komunikasi yang lebih canggih.Jika kita tidak mengetahui tentang ICT,kita akan ketinggalan dalam pelajaran dan terkial-kial seorang diri seperti rusa masuk kampung.Penguasaan kemehiran ICT juga dapat mengelakkan kita daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggung,jawab.

Berdasarkan penerangan di atas,terbuktilah bahawa penguasaan kemahiran ICT adalah penting dan memberi banyak faedah kepada kita lebih-lebih lagi dalam kehidupan pada masa ini.Zaman sekarang zaman moden.Teknologi pula semakin canggih.Setiap manusia berusaha untuk memperbaiki diri mereka.Begitu juga dengan kerajaan.Mereka berusaha untuk meningkatkan imej negara di mata dunia.Oleh itu,semua rakyat haruslah bekerjasama,bagai aur dengan tebing bagi membantu merealisasikan impian kerajaan untuk mencapai wawasan 2020.Bukannya hanya mementingkan diri sendiri.Bak kata pepatah,bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.

Pada masa kini,penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan kita kian meluas,justeru itu,kita mestilah peka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Kemahiran dalam menguasai teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ini adalah amat penting pada masa sekarang,kerana banyak perkara yang telah menggunakan teknologi maklumat.Contohnya penggunaan komputer,internet dan sebagainya.

Terdapat banyak faedah yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini.Tidak rugi jikalau kita belajar ilmu ini,malah ia akan membawa kebaikan terdapat diri kita.Antara faedah-faedahnya ialah kita dapat menambahkan lagi kemahiran diri kita.Kita dapat menambah satu lagi kelebihan diri kita dengan menguasai kemahiran diri kita.Masyarakat akan menghormati kita kerana kita boleh menggunakan ICT dengan cekap.Kita juga boleh menjadi guru kepada rakan-rakan kita tentang teknologi maklumat dan komonikasi ini.

Menguasai kemahiran ini juga membolehkan kita mendapatkan pekerjaan dengan mudah,kerana di zaman sekarang banyak pekerjaan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Penggunaan komputer,internet,adalah satu kemestian dalam industri pekerjaan di negara ini.Kita juga akan menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.Kita tidak akan terjebak dalam aktivi-aktivi yang tidak sihat seperti menagih dadah,merompak,menculik dan sebagainya kerana kita asyik dengan komputer di rumah atau di cyber-cafe,menambahkan ilmu tentang kemahiran ICT atau belajar menguasai kemahiran ini.

Antara faedah lain yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini ialah kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu yang berlaku di dunia ini.Kita dapat mengetahuinya dengan melayari internet,laman web.Apabila kita melayari sesuatu laman web,kita akan mengetahui tentang perkara yang kita tidak tahu selama ini,kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara luar,apa yang berlaku dalam negara tersebut.Jikalau dahulu,kita hanya mendengar berita di t.v dan radio untuk mengetahui hal semasa,tetapi sekarang tidak lagi.Kita boleh mengetahui sesuatu perkara lebih awal dan bila-bila masa dengan teknologi maklumat.

Teknologi maklumat dan komunikasi ini juga dapat membantu kita.Sekarang kita boleh membayar bil-bil bulanan kita di rumah sahaja,dengan melayari internet.Semua itu merupakan faedah daripada menguasai teknologi maklumat.Faedah yang lain ialah kita dapat mempercepatkan kerja kita dari sebelumnya.Kita juga boleh membuka kedai untuk membaiki alat-alat teknologi maklumat,jika kita mempunyai kemahiran.Kita juga boleh membuka pusat komputer untuk kegunaan orang ramai dan juga menyediakan khidmat mengajar cara-cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada orang ramai.

Antara faedah menguasai ICT ini ialah,kita juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupan harian kita.Hal ini kerana teknologi maklumat dan komunikasi adalah dalam bahasa inggeris..Apabila kita menguasai ICT,kita juga sebenarnya telah menguasai bahasa inggeris.Kita tllah menguasai dua nenda dengan hanya belajar satu benda iaitu kemahiran teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat meluas pada masa ini.Kita mestilah pandai menggunakannya,kerana tidak rugi kita belajar ilmu teknologi maklumat komunikasi ini.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa kini.Kerana kehidupan masa kini kebanyakan mesin-mesin yang canggih dan untuk memastikan kemahiran perlu ada pada setiap orang bagi berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.Di negara-negara asia,kebanyakan mereka membuat mesin canggih bagi berkomunikasi dengan negara jiran.Faedah Teknologi Maklumat untuk memasti teknologi yang digunakan dapat memastikan yang di cari seperti internet dan sebagainya.Faedah berkemahiran adalah seseorang itu boleh mencipta alat atau objek yang canggih untuk negara yang berkomunikasi bagi mempercepatkan lalulintas dan sebagainya,seperti (Lrt komuter),kereta api.Dalam kemahiran ini juga dapat mengenal erti Teknologi –teknologi terkini.Suasana komunikasi berfaedah untuk kemahiran seperti (ICT) boleh membuatkan iaitu seperti telefon canggih,kereta canggih kemudahan bagi mempercepatkan perjalanan dan mengurangkan masa.Menguasai kemahiran (ICT) dapat mengenal kaedah-kaedah yang perlu dipelajari supaya dapat menguasai kemahiran.Apabila menguasai kemahiran tersebut pelbagai-pelbagai benda yang diceburi dapat mengeluarkan suatu benda yang dihasilkan oleh kemahiran dan (ICT).Kehidupan pada masa kini lebih bergantung pada kemahiran atau menguasai kemahiran.Dalam menguasai kemahiran mereka juga dapat memberi pendapat masing-masing bagi mencipta objek yang lebih tinggi untuk menjana benda pelbagai produktiviti supaya dapat mempromosi suatu barang yang ternilai harga wang Mengeksport atau dieksport.Kelebihan (ICT) mengeluarkan orang-orang yang berkaliber dan di perbagaikan lagi.Kemudahan Struktur atau medialisasi bagi memudahkan mereka mengenal pasti mediamassa pada yang canggih ini.Perjalanan media kini perlu menitik beratkan kemahiran pada zaman serba canggih bagi memasti kemudahan yang realearet.Struktur kemahiran perlu dibangkitkan lagi untuk mengenal dan mencipta barang yang berkualiti.Barang yang berkualiti dapat mempuas hati pengguna.Faedah yang ada pada kemahiran (ICT) adalah penting dalam zaman yang teknologi bermaklumat lagi berkomunikasi yamg sedia ada dalam apa bidang sekalipun.Ini bermakna kemahiran (ICT) tersebut amat diperlukan oleh kakitangan yang memerlukan kemahiran beristematik kepada pengurus.Komunikasi seperti kenderaan yang dapat mencanggihkan lagi suatu tempat atau di suatu label-labelnya.

Banyak lagi kepentingan ICT kepada kita, di zaman yang serba canggih ini kita tidak boleh lari daripada menguasai ICT , untuk itu marilah kita sama tingkatkan penguasaan ICT kita supaya kita tidak ketinggalan untuk memanfaatkan kemudahan yang sedia ada. Mudah-mudahan semua guru-guru SK Peserai dapat menguasai ICT dengan cemerlang . sekian wassalam.

My Family

PLAN J sasar Johor ke -5 terbaik

JOHOR BAHRU 12 Feb. – Seramai 685,132 warga sekolah di negeri ini dijangka menikmati faedah menerusi program Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (PLAN-J) yang disasarkan untuk meletakkan Johor di tangga kelima terbaik di peringkat kebangsaan tahun depan.

Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin berkata, PLAN-J yang dilaksanakan dalam jangka masa tiga tahun mulai tahun lalu juga merupakan penanda aras untuk melahirkan seberapa banyak Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di negeri ini.

Menurutnya, PLAN-J merupakan satu standard akademik kepada pengiraan pembelajaran dan latihan.

“Berdasarkan perangkaan, menerusi program itu seramai 630,000 pelajar, 42,000 guru dari 1,132 sekolah dan 12,000 kakitangan sokongan akan melaksana, menterjemah dan menikmati faedah daripada PLAN-J.

“Kesan besar daripada pelaksanaan program itu telah menunjukkan hasil, menerusi pencapaian membanggakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 2.21 dan meletakkan Johor di tangga keempat terbaik pada tahun lalu.

“Maka cabaran yang sedang menanti seluruh warga sekolah pada tahun ini, kita mahu GPS bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berada di tahap yang cukup mantap,” katanya selepas melancarkan PLAN-J di sini.

Sufaat memberitahu, program tersebut yang dirangka oleh pakar-pakar perunding mata pelajaran akan memandu arah pelajar dalam menyiapkan latihan yang diberikan secara berkesan.

“Program ini juga cukup realistik iaitu dua format disediakan masing-masing untuk sekolah rendah dan menengah dengan latihan yang perlu diselesaikan sebaik mungkin.

“Ini bermakna pelajar bukan sekadar faham mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran, tetapi latihan menerusi PLAN-J merupakan pelengkap kepada kecemerlangan sekolah termasuk SBT dan harapan untuk menduduki di tangga kelima terbaik di peringkat nasional,” katanya.

Utusan Malaysia dimaklumkan, pada 2008, Johor mencatatkan GPS 10 terbaik di peringkat kebangsaan.

Kejohanan Sukan SK Peserai kali ke 42



Wajah- wajah Cikgu yang setia menanti keputusan Kejohanan Sukan .
Sorakkan yang bersemangat dari rumah Banang...
Pegawai berehat seketika selepas selesai acara sukan ... 4x 100 meter...


Hari ini saya di tugas kan sebagai pengelola peserta , penat tapi seronok dengar sorakan murid - murid menyokong rumah sukan masing - masing....

Kaedah Pujian dan Peneguhan Yang Berkesan

Kesempatan yang ada pada hari ni, ingin saya berkongsi beberapa teknik dan kaedah berbentuk teori berkenaan pujian dan peneguhan yang sangat bagus kita praktikkan di kelas atau di mana sahaja terhadap anak-anak murid kita. mudah-mudahan ianya boleh dijadikan panduan sebagai persediaan kita untuk memulakan pengajaran yang baru pada tahun hadapan, insyaAllah.


أساليب التعزيز المبتكرة


Bentuk-bentuk peneguhan dan pujian ada dua cara :
1. Sebutan (تعزيز اللفظي)
- memerlukan kita memuji murid-murid kita dengan cara menyebut perkataan-perkataan yang memberangsangkan mereka dalam pembelajaran.

2. Gerakan (تعزيز الحركي)
- Peneguhan cara ini memerlukan tindakan guru yang membuatkan murid-murid merasa senang dan dihargai oleh kerana tindakan atau pencapaian yang diperolehi mengikut kehendak guru.


PENEGUHAN DAN PUJIAN BERBENTUK SEBUTAN التعزيز اللفظي
Terdapat dua cara untuk seseorang guru membuat pujian melalui sebutan ;
1. Pujian dengan perkataan (بالكلمة) seperti :
أحسنت، جيدة، ممتازة، متميزة، جميلة، صحيحة، شاطرة، حلوة، شكرا، أنيقة، مرتبة، مدهشة، ذكية، رائعة، مجتهدة، نظيفة، عبقرية، فاطنة
dan sebagainya.

2. Pujian dengan ayat (بالجملة) seperti :
إجابة صحيحة، اقتراح جيدة، جهودك مباركة، جيد جدا، جيد ومرتب، خطك جميل، كلامك رائع، عملك رائع، فارس العربية، فكرة مدهشة، مشاركة متميزة، بارك الله فيك، ممتاز وثابر، ممتاز ومتفوق، كيف توصلت إلى الاستنتاج الرائع؟، أدهشتني اجابتك، ما أروعك، هل أنت رائع دائما هكذا!، عين الله ترعاك، جميل يا بطل، أنا معجبة بهذه الإجابة
dan sebagainya.


Manakala pujian dan peneguhan yang berbentuk gerakan pula terdapat pelbagai cara antaranya ;
1. Ekspresi wajah (تعبيرات الوجه)
2. Gerakan kepala (حركة الرأس)
3. Gerakan tangan (حركة اليد)

Suka saya mengajak sahabat-sahabat melaksanakan pelbagai bentuk pujian dan peneguhan kepada anak-anak murid kita pada setiap masa. Banyak cara yang kita boleh lakukan seperti contoh-contoh yang telah saya berikan di atas. Sesungguhnya pujian dan peneguhan yang kita berikan akan memberi respon yang sangat positif dalam hasil pengajaran kita nanti. InsyaAllah.

تكتسب بما كيف اعطيت
"Kamu akan dapat sepertimana bagaimana yang kamu beri".
Ungkapan ini ada kebenarannya. Sahabat-sahabat boleh mencuba dan menguji kebenaran ungkatan ini. Sebagai contoh, cuba sahabat-sahabat memberi salam kepada murid-murid dengan pelabagai gaya dan nada. Sudah pasti jawapan bagi salam yang diberi akan mengikut gaya dan nada salam itu diberi. Tak percaya, cubalah! dan cuba kaitkan dengan penyampaian pengajaran kita di kelas.

Begitu juga dengan ekspresi muka guru ketika masuk mengajar di kelas. Sekiranya guru masuk ke kelas dengan senyuman, pasti anak-anak murid kita juga akan membalas senyuman kita itu tadi dan seterusnya dapat belajar dengan lebih baik. Namun sekiranya guru masuk ke kelas dengan ekspresi wajah yang ketat dan mencuka, pasti anak-anak murid kita juga bimbang dan tidak menghiraukan kita. Seterusnya akan berlakukan pekik memekik suara guru di dalam kelas memarahi murid-murid. Walauapapun, sebenarnya guru harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Bila masanya guru perlu senyum dan bila masa guru perlu serius.

Selain menunjukkan ekspresi wajah kita kepada murid sebagai salah satu cara peneguhan dan pujian, kita juga boleh menggunakan gerakan tangan untuk tujuan yang sama. Sentuhan dan belaian yang bersesuaian juga akan menghasilkan kebanggaan murid terhadap apa yang telah mereka perolehi dan capai.

Selain teknik sentuhan yang selalu disebut 'teknik jibril', kita juga boleh melakukan pelbagai cara lain selain sentuhan. Kaedah رشة العطر atau semburan minyak wangi juga sangat praktikal untuk dilakukan di kelas. Guru hanya perlu menyediakan sebotol minyak wangi yang biasa dan dibawa ke kelas. Setiap jawapan betul atau setiap pujian dan peneguhan kepada individu-individu tertentu diberi dengan semburan minyak wangi kepada murid-murid berkenaan. Pasti lebih ramai murid akan teruja untuk mendapat semburan minyak wangi guru dengan tindakan atau jawapan yang betul seperti yang dikehendaki guru. Tak percaya, cubalah! :)

Selain pujian dan peneguhan secara individu, ianya juga boleh dilakukan secara kumpulan seperti teknik المصافحة dan sebagainya. Begitu juga selain pujian secara terus sepertimana yang saya jelaskan di atas, ianya juga boleh dilakukan dengan kaedah tulisan seperti carta pencapaian murid melalui kaedah (لوحات الشرف), mengumpul bintang, mini sijil yang ditampalkan di buku kerja/latihan murid dan sebagainya. Kaedah cop bintang, cap jari (بصمات الأصابع) juga sangat sesuai untuk dilakukan dalam buku-buku murid.

PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN





Pertanian yang dihasilka dengan bersungguh - sungguh insyallah akan mendatangkan hasil yang lumayan .... begitulah ibarat kita hidup di dunia yang sementara ini .... marilah kita same - same memperbanyakkan amalan kite , mudah-mudahan banyak hasil tuaian kite di akhirat nanti ...Ameeen...

Ujian Kesabaran Nabi Ayob

Nabi Ayub as adalah seorang yang kaya-raya dan hidup harmoni bersama keluarganya. Pun begitu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Nabi, Baginda tidak lupa diri. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir dan bersyukur dengan nikmat Allah itu. Baginda juga terkenal dengan sifat sabar. Kerana itulah Iblis sangat dengki kepadanya, lalu memohon izin kepada Allah Taala untuk menguji kesabaran Nabi Ayub supaya sesat.

"Engkau boleh datangkan musibah ke atas seluruh harta benda dan keluarganya, tetapi engkau tidak mampu mengenakannya ke atas tubuh badannya," tegas Allah swt.

Iblis pun mengumpulkan kekuatannya. Segala jin dan syaitan dikerah menghadap Iblis. Iblis membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Masing-masing diberikan tugas khas. Misi mereka semua ialah memusnahkan segala-gala milik Nabi Ayub as. Selain harta benda yang musnah, anak-anak Nabi Ayub mati kesemuanya dikerjakan tentera Iblis. Kemudian Iblis datang menemui Nabi Ayub as dan berkata;

"Wahai Ayub, lihatlah malapetaka yang Tuhan datangkan kepadamu. Anak-anakmu, harta bendamu kini musnah semuanya. Itulah tandanya Allah swt tidak terima amal ibadahmu selama ini."

"Allahlah yang Maha Pemberi dan Dia jugalah yang berhak mengambilnya semula," jawab Nabi Ayub tenang.

Marah sungguh Iblis mendengar kata-kata itu. Lalu dia kembali menghadap Allah.

"Ya Allah! Ayub telah hilang segala-galanya namun imannya tetap teguh. Izinkan aku untuk uji dia lagi, kali ini ke atas tubuh badannya. Biar dia tidak lagi menunaikan ibadah kepadaMu ," mohon Iblis kepada Allah swt.

"Engkau boleh sakiti tubuh badannya, tetapi tidak hatinya," tegas Allah swt.

Sekali lagi Iblis dan konco-konconya mendatangkan musibah kepada Nabi Ayub as.

Ditiupkan penyakit kepada Nabi Ayub.

Menderitalah Nabi Ayub menanggung sakit dan dipulaukan orang ramai kerana takut berjangkit.
Hanya isterinya yang masih setia di sisi.

Biar habis tubuhnya diserang penyakit, namun hati Nabi Ayub as tidak henti-henti memuji dan bertasbih kepada Allah.

Gagal menyesatkan Nabi Ayub, Iblis menggoda pula isteri Baginda. Sehinggakan isterinya berasa tidak tertanggung lagi dengan kehidupan itu. Dia menyuruh Nabi Ayub berdoa kepada Allah agar dipulihkan keadaan.
"Telah berapa lama kita nikmati hidup mewah pemberian Allah?" Tanya Nabi Ayub kepada isterinya.

"Tujuh puluh tahun," jawab isterinya.

"Berapa lama pula kita menanggung penderitaan ini?" Tanya Nabi Ayub.

"Tujuh tahun," jawab isterinya lagi.

"Aku malu untuk memohon kepada Allah supaya ditamatkan penderitaan ini jika dibandingkan dengan nikmat yang diberi-Nya selama ini. Marilah kita sama-sama bersabar menghadapinya," jelas Nabi Ayub.

Iblis tewas dalam usahanya menghasut Nabi Ayub. Ternyata, kesabaran merupakan senjata paling ampuh untuk menundukkan Iblis laknatullah. Bertambah-tambah bencilah Iblis kepada Nabi Ayub.

Kursus ICT


Mula-mula tak tahu lagsung tentang blog ni.... ape lah blog ni???? batu blog ke?
sekarang, seronok pula dapat tahu kegunaan blog ni ... jum belajar buat blog.
Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi ilmu...

KPI & NKRA

KPI & NKRA

Indeks Prestasi Utama (KPI)

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

6 TERAS ASAS NKRA

1. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan (diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin)

2. Mengurangkan kadar jenayah (Datuk Seri Hishammuddin Hussein)

3. Memerangi rasuah (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz);

4. Meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah (Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil);

5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman (Datuk Seri Shafie Apdal)

6. Menambah baik pengangkutan awam (Datuk Seri Ong Tee Keat).

Literasi dan Numerasi (LINUS)


Perihal Program:

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Matlamat :

Memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik) selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendahmenjelang 2012.
Literasi = celik huruf
Numerasi = celik nombor

Penerangan tentang Literasi (berkaitan dengan kemahiran dalam modul yang kami tulis)
Definisi Literasi

Definisi asas literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian .

Objektif

Objektif Program Literasi adalah memastikan pada akhir
program Pencapaian Literasi , murid dapat :

i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan
tertutup.
ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata
terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan
awalan dan akhiran
Iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan
ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata
hubung “dan'

Pendekatan

Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan
menyeluruh. Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat dan Memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis,guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan Fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis .

Nasyid Inpirasiku



Fadilah Berwuduk

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islammempunyai hikmah nya yang tersendiri.Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

.5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titiandengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Langkah tercipta seribu kenagan





Terime kasih kepada semua warga SK Peserai yang terlibat kerana banyak membantu mendapatkan kejayaan ini.

Tazkirah

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda:

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana diamengasihi dirinya sendiri.


Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Tempat Ke Tiga Kalam Jamaie Peringkat Negeri 2009 di SMKA Bandar Penawar Kota Tinggi





Seronok dapat menyertai Ihtifal j-QAF sampai ke peringkat Negeri Johor....

Persembahan kompang Maulidurrasul Sk peserai





Seronok Melatih Budak Kompang...
klu ada kelab kompang sendiri kat sekolah lagi best..