Kaedah Pujian dan Peneguhan Yang Berkesan

Kesempatan yang ada pada hari ni, ingin saya berkongsi beberapa teknik dan kaedah berbentuk teori berkenaan pujian dan peneguhan yang sangat bagus kita praktikkan di kelas atau di mana sahaja terhadap anak-anak murid kita. mudah-mudahan ianya boleh dijadikan panduan sebagai persediaan kita untuk memulakan pengajaran yang baru pada tahun hadapan, insyaAllah.


أساليب التعزيز المبتكرة


Bentuk-bentuk peneguhan dan pujian ada dua cara :
1. Sebutan (تعزيز اللفظي)
- memerlukan kita memuji murid-murid kita dengan cara menyebut perkataan-perkataan yang memberangsangkan mereka dalam pembelajaran.

2. Gerakan (تعزيز الحركي)
- Peneguhan cara ini memerlukan tindakan guru yang membuatkan murid-murid merasa senang dan dihargai oleh kerana tindakan atau pencapaian yang diperolehi mengikut kehendak guru.


PENEGUHAN DAN PUJIAN BERBENTUK SEBUTAN التعزيز اللفظي
Terdapat dua cara untuk seseorang guru membuat pujian melalui sebutan ;
1. Pujian dengan perkataan (بالكلمة) seperti :
أحسنت، جيدة، ممتازة، متميزة، جميلة، صحيحة، شاطرة، حلوة، شكرا، أنيقة، مرتبة، مدهشة، ذكية، رائعة، مجتهدة، نظيفة، عبقرية، فاطنة
dan sebagainya.

2. Pujian dengan ayat (بالجملة) seperti :
إجابة صحيحة، اقتراح جيدة، جهودك مباركة، جيد جدا، جيد ومرتب، خطك جميل، كلامك رائع، عملك رائع، فارس العربية، فكرة مدهشة، مشاركة متميزة، بارك الله فيك، ممتاز وثابر، ممتاز ومتفوق، كيف توصلت إلى الاستنتاج الرائع؟، أدهشتني اجابتك، ما أروعك، هل أنت رائع دائما هكذا!، عين الله ترعاك، جميل يا بطل، أنا معجبة بهذه الإجابة
dan sebagainya.


Manakala pujian dan peneguhan yang berbentuk gerakan pula terdapat pelbagai cara antaranya ;
1. Ekspresi wajah (تعبيرات الوجه)
2. Gerakan kepala (حركة الرأس)
3. Gerakan tangan (حركة اليد)

Suka saya mengajak sahabat-sahabat melaksanakan pelbagai bentuk pujian dan peneguhan kepada anak-anak murid kita pada setiap masa. Banyak cara yang kita boleh lakukan seperti contoh-contoh yang telah saya berikan di atas. Sesungguhnya pujian dan peneguhan yang kita berikan akan memberi respon yang sangat positif dalam hasil pengajaran kita nanti. InsyaAllah.

تكتسب بما كيف اعطيت
"Kamu akan dapat sepertimana bagaimana yang kamu beri".
Ungkapan ini ada kebenarannya. Sahabat-sahabat boleh mencuba dan menguji kebenaran ungkatan ini. Sebagai contoh, cuba sahabat-sahabat memberi salam kepada murid-murid dengan pelabagai gaya dan nada. Sudah pasti jawapan bagi salam yang diberi akan mengikut gaya dan nada salam itu diberi. Tak percaya, cubalah! dan cuba kaitkan dengan penyampaian pengajaran kita di kelas.

Begitu juga dengan ekspresi muka guru ketika masuk mengajar di kelas. Sekiranya guru masuk ke kelas dengan senyuman, pasti anak-anak murid kita juga akan membalas senyuman kita itu tadi dan seterusnya dapat belajar dengan lebih baik. Namun sekiranya guru masuk ke kelas dengan ekspresi wajah yang ketat dan mencuka, pasti anak-anak murid kita juga bimbang dan tidak menghiraukan kita. Seterusnya akan berlakukan pekik memekik suara guru di dalam kelas memarahi murid-murid. Walauapapun, sebenarnya guru harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Bila masanya guru perlu senyum dan bila masa guru perlu serius.

Selain menunjukkan ekspresi wajah kita kepada murid sebagai salah satu cara peneguhan dan pujian, kita juga boleh menggunakan gerakan tangan untuk tujuan yang sama. Sentuhan dan belaian yang bersesuaian juga akan menghasilkan kebanggaan murid terhadap apa yang telah mereka perolehi dan capai.

Selain teknik sentuhan yang selalu disebut 'teknik jibril', kita juga boleh melakukan pelbagai cara lain selain sentuhan. Kaedah رشة العطر atau semburan minyak wangi juga sangat praktikal untuk dilakukan di kelas. Guru hanya perlu menyediakan sebotol minyak wangi yang biasa dan dibawa ke kelas. Setiap jawapan betul atau setiap pujian dan peneguhan kepada individu-individu tertentu diberi dengan semburan minyak wangi kepada murid-murid berkenaan. Pasti lebih ramai murid akan teruja untuk mendapat semburan minyak wangi guru dengan tindakan atau jawapan yang betul seperti yang dikehendaki guru. Tak percaya, cubalah! :)

Selain pujian dan peneguhan secara individu, ianya juga boleh dilakukan secara kumpulan seperti teknik المصافحة dan sebagainya. Begitu juga selain pujian secara terus sepertimana yang saya jelaskan di atas, ianya juga boleh dilakukan dengan kaedah tulisan seperti carta pencapaian murid melalui kaedah (لوحات الشرف), mengumpul bintang, mini sijil yang ditampalkan di buku kerja/latihan murid dan sebagainya. Kaedah cop bintang, cap jari (بصمات الأصابع) juga sangat sesuai untuk dilakukan dalam buku-buku murid.

0 Responses