Vitagen melawat Sk Peserai



Para pelajar mendengar makluman tentang khasiat susu kultur L asidofilus di dalam dewan.




Turut serta wakil dari Vitagen.


Cikgu-cikgu yang setia menanti Vitagen percuma.


Vitagen yang siap sedia untuk diedarkan kepada para pelajar.

Peranan, fungsi dan tanggungjawab PIBG

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia.

Objektif dan visi PIBG hendaklah selari dengan Misi Nasional; Dasar Pembangunan Negara; Falsafah Pendidikan Negara (FDN); Dasar Pendidikan Negara (DPN); Pelan Integriti Nasional (PIN); dan prinsip Islam Hadhari.

Akta Pendidikan 1961 memperuntukkan bahawa PIBG adalah entiti utama dalam sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam akta tersebut. PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.

Ini turut meliputi sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah, akademik, disiplin, sistem pemantauan dan penilaian. Penekanan kepada kurikulum dan pentaksiran amat penting, termasuklah pemantauan maklumat dan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan, kewangan serta infrastruktur sekolah.

Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahlian badan ini hendaklah terdiri daripada setiap guru dan ibu bapa yang anak mereka menuntut di sekolah berkenaan. Institusi ini boleh bertindak melengkapkan prasarana keperluan fizikal sekolah dan murid seperti projek makmal komputer; penyediaaan akses jalur lebar SchoolNet ke sekolah; perpustakaan yang lengkap; program TV Pendidikan; pusat sumber yang mapan; kemudahan sukan dan rekreasi yang mantap dan berkesan; serta pelbagai inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lain.

Ini termasuklah kemudahan akses internet, paparan kristal cecair (LCD), kafe siber di sekolah dan lain-lain lagi yang mampu menyokong aspirasi kecemerlangan sekolah.

Inilah agenda dan misi yang sepatutnya menjadi matlamat serta perjuangan barisan kepimpinan dan pengurusan PIBG. Dan bukannya menjadikan PIBG sebagai platform politik murahan, gelanggang mengejar nama dan pangkat, medan mesyuarat ala kedai kopi atau perebutan jawatan demi kepentingan diri sendiri dan mempunyai agenda tersembunyi yang tidak memberi sebarang manfaat dan kebaikan kepada pembangunan sekolah dan masa hadapan pelajar.

Barisan kepimpinan PIBG juga hendaklah menginsafi dan dengan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul di bahu mereka.

PIBG yang bertindak sebagai entiti utama, membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar. Pembangunan modal insan perlu dengan tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar.

Ini bermatlamat melahirkan produk generasi pelajar yang berkualiti, bersepadu dan seimbang. Hasilnya produk pelajar tersebut kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, mampu bersaing di pasaran global, berdikari, kreatif serta kebolehpasaran dalam apa jua bidang dan jurusan yang diceburi mereka pada masa akan datang.

Mesyuarat Agong Tahunan PIBG SK Peserai kali ke 34

Dirasmikan Oleh : Yang Setia APC Tuan Ibrahim Bin Mohd Aris Ketua Polis Daerah Batu Pahat

Guru Besar SK Peserai Tuan Haji Sarkawi Bin Haji Satu mengiringi tetamu jemputan menuju ke dewan perasmian .


Persembahan kompang dari para pelajar menyerikan lagi suasana pagi di Dataran Kencan Sk Peserai ..

Majlis Pelancaran Program Sekolah Bersama Masjid Daerah Batu Pahat

Program yang menarik dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak ... Alhamdulillah.

MTQ Zon Semerah

Tahniah kepada adik Umi Norjannah kerana mendapat johan tilawah peringkat zon . Adik Ahmad Najmi mendapat tempat kedua dalam pertandiangan hafazan Al-Quran.


Tahniah juga kepada adik Arisya johan berzanji peringkat zon semerah . Teruskan usaha untuk mara ke peringkat yang seterusnya ....

Meraikan kejayaan SPM khas buat adik ku Farhan

Tahniah !!!! dapat 9 A !!!!


Kenagan terindah di SAKTI ( Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi)Abang doakan moga cita-cita menjadi seorang doktor tercapai ....


Syahbas !!!!

PERANAN PERUBATAN KOMPLIMENTARI DALAM MENANGANI PESAKIT KANSER

Penyakit kanser bermaksud ketumbuhan yang berlaku pada tisu atau organ dalam badan. Jika seseorang pesakit menghidap penyakit kanser, sel-sel kanser tersebut akan bermutifikasi atau berganda tanpa batasan dan secara tidak menentu. Penyebaran kanser atau barah di dalam tubuh seseorang pesakit adalah melalui saluran darah serta sistem limfanya.

Terdapat berbagai-bagai jenis kanser. Penyakit ini sering menyerang organ-organ seperti paru-paru, otak, payu dara, serviks dan lain-lain. Tiga jenis kanser yang paling utama di Malaysia adalah kanser paru-paru, kanser serviks dan kanser payu dara. Kanser payu dara dan kanser serviks ini hanya menyerang golongan wanita.

Pesakit-pesakit kanser hanya boleh diberi ubat untuk mengurangkan kesakitan kerana penyakit kanser dikatakan tidak boleh diubati atau dipulihkan jika ia dikesan terlalu lambat.. Pemulihan pula hanya boleh dilakukan jika kanser tersebut dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, terdapat alternatif kepada perubatan moden yang dikenali sebagai perubatan komplimentari yang dikatakan dapat memulihkan pesakit kanser.

2. Punca-punca Kanser

Karsinogen merupakan bahan atau ‘substance’ yang sebenarnya menyebabkan penyakit kanser. Gaya hidup dan keadaan persekitaran adalah faktor utama yang menyebabkan kanser. Kedua-dua faktor ini dikatakan 90% mempengaruhi punca penyakit kanser. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang tahu sebab sebenar yang menjadi punca penyakit ini.

Salah satu sebab kanser adalah faktor keturunan atau gen. Kebanyakan pesakit yang menghidap penyakit kanser mempunyai sejarah di mana salah satu daripada ahli keluarganya pernah menghidapnya. Oleh itu, gen mereka juga mewarisi penyakit yang sama.

Tabiat merokok dan meminum alkohol juga adalah salah satu punca penyakit kanser. Menurut kajian, orang yang merokok dan meminum alkohol secara kerap adalah lebih terdedah kepada penyakit kanser ini.

Selain itu, faktor lain adalah bahan kimia dari kilang atau industri. Pendedahan yang lama kepada bahan kimia yang beracun boleh menyebabkan kanser. Kandungan sesetengah jenis bahan kimia juga boleh menyebabkan kanser.

Amalan seksual yang tidak sihat misalnya seks rambang juga merupakan satu faktor penyebab kanser. Begitu juga dengan pemahaman dan gaya hidup yang tidak sihat. Virus-virus seperti virus Hepatitis B, Hepatitis C dan virus HIV dalam badan juga boleh membawa kepada kanser.

Pendedahan secara berterusan dan kerap kepada sinaran radiasi dan ultraungu juga boleh membawa kepada penyakit kanser. Sinaran-sinaran ini mengandungi bahan yang menyebabkan kanser. Selain itu, pendedahan kepada asbestos dan kromium juga menjadi penyebab kanser.

3. Simptom-simptom Penyakit Kanser

Terdapat beberapa simptom khusus yang boleh dikesan pada pesakit kanser. Simptom pertama adalah pendarahan yang berlaku tanpa sebab yang nyata. Pendarahan akan berlaku pada puting susu bagi kanser payu dara, manakala pendarahan pada bahagian serviks berlaku bagi kanser serviks. Selain itu, pendarahan juga akan berlaku pada bahagian tinja dan air kencing.

Kanser juga boleh dikesan apabila terdapat ketumbuhan atau ‘lump’. Bagi kanser payu dara, ketumbuhan atau ‘lump’ boleh dikesan pada payu dara. Ini boleh dikesan dengan menjalankan pemeriksaan sendiri ("Breast Self Examination"). Walau bagaimanapun, bukan semua ketumbuhan menunjukkan bahawa pesakit tersebut menghidap kanser. Simptom seperti ketumbuhan pada leher juga menunjukkan penyakit kanser.

Penyakit kanser juga akan menyebabkan perubahan kelakuan dari segi membuang air besar di mana pesakit akan kerap membuang air besar. Ini merupakan salah satu simptom penyakit kanser. Selain itu, simptom-simptom lain adalah seperti batuk secara berterusan dan kahak yang berdarah. Suara pesakit akan berubah menjadi serak. Pesakit juga akan mengalami masalah susah menelan dan nyeri pada bahagian abdomen yang berterusan. Bahagian telinga pula akan mengalami kekurangan pendengaran. Pesakit akan mendengar bunyi berdengung. Kanser juga menyebabkan ulser kulit dan perubahan pada tahi lalat serta ketuil.

4. Peranan Perubatan Komplimentari Dalam Merawat Pesakit Kanser

Perubatan komplimentari adalah perubatan alternatif yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit. Terdapat berbagai-bagai jenis perubatan komplimentari seperti perubatan naturopati, homeopati, meditasi, ubat herba dan lain-lain. Perubatan-perubatan komplimentari ini menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah sesuatu penyakit.

4.1 Naturopati

Perubatan naturopati adalah sejenis cara perubatan yang merawat penyakit dengan menggunakan kuasa pemulihan semulajadi yang terdapat dalam tubuh manusia. Ia mengenalpasti dan mengeluarkan penyakit. Mengikut prinsip perubatan naturopati ini, penyakit-penyakit sebenarnya berpunca daripada pemakanan, peminuman dan pernafasan yang tidak baik. Otot dan sendi yang tegang, postur yang salah dan punca-punca psikologi juga boleh menyebabkan serangan penyakit.

Perubatan naturopati juga merupakan salah satu jenis perubatan alternatif yang boleh digunakan untuk merawat pesakit kanser. Menurut naturopati, kanser berlaku apabila sel-sel dalam tisu menjadi toksik dan badan kekurangan makanan yang mengandungi bahan organik sehingga menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dengan betul. Oleh itu, tubuh mereka tidak berupaya untuk membuang sisa dan menyerap nutrien. Ini membawa kepada ketumbuhan atau tumor pada badan.

Menurut naturopati, pesakit menghidap kanser ini kerana beberapa faktor. Faktor-faktor ini termasuklah pemakanan atau diet yang tidak betul, pemakanan daging, telur dan gula yang berlebihan serta kekurangan nutrien organik dan enzim daripada makanan mentah. Kekurangan senaman juga merupakan satu punca kerana ia boleh menyebabkan peredaran pernafasan yang tidak baik serta kurang tenaga.

Langkah paling penting bagi merawat pesakit kanser melalui naturopati adalah melaui detoksifikasi. Detoksifikasi bermaksud mengeluarkan bahan-bahan toksik atau beracun daripada dalam badan. Cara lain adalah dengan berpuasa dan pembersihan kolon.

Diet atau pemakanan pesakit kanser harus terdiri daripada buah-buahan segar dan sayur-sayuran serta jusnya. Makanan pesakit kanser juga haruslah bebas daripada protein haiwan. Dalam perkataan lain, diet pesakit tersebut haruslah terdiri daripada makanan vegeterian sahaja (tiada sebarang daging dalam dietnya). Gula juga harus dijauhi. Jika hendakkan rasa manis, pemanis boleh digunakan. Selain itu, garam juga harus dijauhi. Pesakit juga tidak boleh merokok, meminum alkohol, menghadapi sebarang tekanan, tidur lewat dan mengadakan hubungan seks. Senaman pernafasan penting untuk membolehkan sel-sel dalam badan menyerap lebih banyak oksigen yang amat diperlukan oleh badan pesakit.

Terdapat makanan-makanan tertentu yang harus diambil oleh pesakit kanser dalam perubatan naturopati. Pesakit-pesakit harus meminum banyak jus lobak merah. Jus ini merupakan jus yang terbaik untuk mendetoksifikasi tisu-tisu. Ia meneutralkan kandungan asid dalam darah. Jus lobak merah yang mentah juga membekalkan vitamin, mineral dan enzim. Ia memberikan tenaga kepada sel-sel yang telah mati untuk membina semula dan membuang sisa-sisa. Seorang pesakit telah berjaya memulihkan kanser buah pinggang yang dihidapinya semasa berumur 25 tahun dengan meminum jus lobak merah

Jus kobis pula dibuktikan boleh mengubati ulser yang teruk dalam perut, duodenum dan usus. Kandungan klorin organik dan sulfur dalam kobis yang mentah boleh membersihkan membran mukus dalam perut dan usus di mana tumor sering berlaku. Jus kobis ini juga merupakan alat terapi yang efektif bagi pesakit kanser perut dan usus. Pesakit harus meminum 4 auns jus kobis tiga kali sehari.

Buah anggur pula merupakan satu makanan anti-kanser yang baik jika dimakan bagi jangka masa yang lama. Anggur ini berupaya mendetoksifikasi semua tisu dan organ serta mengembalikan unsur organik ke dalam sel-sel yang memerlukannya. Pada tahun 1925, seorang wanita di Afrika Selatan telah mengubati kansernya dengan mengambil diet yang terdiri daripada banyak buah anggur. Beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul The Grape Cure. Dalam bukunya, beliau mensyorkan 2-4 paun anggur sehari bagi tempoh seminggu, sebulan atau lebih. Kulit serta biji anggur itu juga harus dimakan.

Jus ubi keledek juga sangat berguna untuk mendetoksifikasi hati dan membersihkan darah. Jus ini membersihkan pengaliran darah pesakit kanser supaya darah dapat melakukan detoksifikasi ke atas badan dan menghantar nutrien kepada sel-sel yang memerlukannya. Detoksifikasi bagi hati pula perlu bagi membolehkan pembersihan darah dilakukan supaya hati dapat menapis darah tersebut dengan sempurna. Perubatan naturopati mengesyorkan 8 auns jus ubi keledek untuk diambil oleh pesakit kanser sebanyak dua kali sehari. Pengambilan jus ini telah menunjukkan hasil yang efektif. Pil-pil yang mengandungi jus ubi keledek juga amat baik bagi pesakit kanser.

Senaman juga amat penting bagi pesakit kanser menurut perubatan naturopati. Senaman boleh menguatkan badan mereka bagi menentang sebarang aktiviti radikal iaitu serangan penyakit dalam badan. Senaman juga merupakan aktiviti yang memberikan daya ketahanan yang baik untuk melawan kanser kolon. Selain itu, senaman juga memperbaiki proses pengaliran dalam badan yang boleh meningkatkan penggunaan oksigen. Kesannya, pesakit akan memperolehi lebih banyak tenaga. Jenis senaman yang digalakkan oleh perubatan naturopati ini adalah senaman berjalan dan senaman dalam air.

Perubatan naturopati menggunakan prinsip kuasa pemulihan semulajadi. Pemakanan pesakit harus dijaga dan banyak senaman harus dilakukan bagi menguatkan sistem pertahanan badan pesakit kanser. Naturopati ini berasaskan kepada kata-kata Hippocrates: "Let food be our medicine and medicine be our food". Ini bermaksud makanan adalah ubat kita dan ubat kita terdiri daripada makanan.

4.1 Homeopati

Homeopati adalah satu sistem perubatan yang berasaskan prinsip bahawa sejenis ubat yang menyebabkan kesan tertentu apabila diambil oleh seseorang akan berupaya memulihkan sebarang penyakit yang menunjukkan kesan-kesan yang sama.

Homeopati mendapati bahawa badan kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan menahan penyakit. Apabila kuasa pertahanan ini diganggu, kita akan jatuh sakit. Ini bukanlah kerana kesan kepada bahagian tertentu, tetapi kepada keseluruhan diri pesakit. Setiap pesakit memerlukan ubat yang berbeza berasaskan simptom-simptom dan sistem mentalnya yang berbeza bagi setiap individu.

Perubatan homeopati menstimulasikan kuasa pemulihan semulajadi yang kemudiannya membuang penyakit. Homeopati ini terkenal dengan kebolehannya untuk memulihkan penyakit kronik. Penyakit serius seperti kanser juga mampu dipulihkan dengan segera tanpa kesan sampingan. Penyakit itu tidak akan berulang sama ada dalam bentuk yang sama atau bentuk yang lain.

Dalam perubatan homeopati, sejenis penawar digunakan di mana ubat itu dicairkan secara berperingkat-peringkat dan digoncang sehingga ubat itu mempunyai kuasa untuk memulihkan. Cecair yang terhasil itu berkuasa memulihkan pesakit kerana proses pencairan ini memberi tenaga kepada ubat tersebut. Selepas proses ini selesai, ubat asal yang tinggal dalam penawar ini hampir tidak wujud. Penawar yang dihasilkan ini dikenali sebagai cecair LM. Perubatan homeopati menggunakan cecair LM untuk merawat pesakit kanser. Bahan asal sebelum dijadikan penawar ini akan dicairkan sehingga bahan asal tersebut tidak ada di penghujung proses pencairan.

Tenaga ‘vital’ adalah penting dalam mengubati pesakit kanser mengikut cara homeopati. Pesakit kanser sukar dipulihkan jika tenaga ‘vital’ pesakit adalah rendah. Akibatnya, hanya sesetengah simptom sahaja yang akan pulih dan pesakit akan tenat semula setelah satu jangka masa pendek mengambil penawar yang telah disediakan untuknya. Dalam perkataan lain, tindak balas pesakit tersebut terhadap penawar yang disediakan boleh menentukan sama ada kanser itu boleh dipulihkan atau tidak.

Perubatan homeopati menyatakan bahawa pesakit boleh bertambah tenat apabila ia mendengar berita buruk. Misalnya, jika mereka diberitahu bahawa mereka akan mati atau penyakit mereka tidak dapat diubati. Oleh itu, ada ubat homeopati bagi mengelakkan ketenatan setelah mendengar berita buruk. Contohnya, seorang pesakit kanser telah diberi sejenis penawar iaitu gelsemium dan selepas mengambilnya, dia berasa tenang, dapat tidur nyenyak dan mempunyai banyak tenaga untuk melawan penyakit kanser tersebut.

Perubatan homeopati juga mempunyai ubat bagi melawan kesan sampingan yang diperolehi daripada rawatan radiasi dan kemoterapi. Kesan sampingan ini termasuklah muntah-muntah, loya dan keletihan.

Perubatan homeopati tidak mempunyai satu cara yang khusus untuk merawat pesakit kanser. Konsep perubatan homeopati adalah mudah; ‘Homeopati bukan merawat penyakit, tetapi merawat pesakit’. Dalam perkataan lain, perubatan homeopati bukan merawat kanser, tetapi merawat pesakit yang menghidap kanser. Ini bermakna bahawa tiga pesakit kanser paru-paru yang berlainan akan diberi tiga jenis penawar yang berbeza.

Perubatan homeopati ini dikatakan pernah berjaya merawat pesakit kanser. Di kalangan orang miskin di India di mana hanya cara perubatan homeopati wujud, ramai pesakit kanser telah berjaya dipulihkan. Kejayaan penggunaan perubatan homeopati bagi memulihkan pesakit kanser ini mungkin lebih berjaya bagi pesakit-pesakit yang tidak pernah menjalani rawatan radiasi atau kemoterapi. Cara homeopati ini juga membantu dalam kes-kes yang tidak dapat dipulihkan dengan mengurangkan kesakitan serta membantu pesakit mati tanpa rasa bimbang dan tanpa kesakitan.

3. Perubatan Herba

Para penyelidik Universiti Heiderberg telah menerbitkan beberapa hasil yang provokatif mengenai cara perubatan herba bagi mengubati pesakit kanser. Terdapat sejenis herba dari China yang dikenali sebagai Herba Epimediia glycoside leariin yang diberikan kepada pesakit-pesakit kanser. Dalam eksperimen-eksperimen tabung uji, didapati herba ini dapat menstimulasikan sel-sel sihat bagi menghasilkan bahan anti-kanser yang dikenali sebagai tumor necrosis factor-alpha. Dos yang sesuai dapat membantu pesakit kanser.

Herba-herba seperti akar Burdock, herba sheep sortel, rhubab ayam belanda dan kulit pokok elm yang licin dapat mengurangkan kesakitan dan menghalang sel-sel kanser daripada merebak. Herba-herba ini juga mengawal pendarahan, memusnahkan tisu-tisu tumor dan mengembalikan pandangan mental serta fungsi-fungsi fisiologi.

PSP iaitu Polysaccharide Peptide berupaya menyembuhkan pesakit kanser. Ganoderma (lingzhi) pula adalah sejenis herba yang membersihkan darah serta membekalkan oksigen. Ia juga dibuktikan pernah memulihkan sesetengah jenis kanser.

4. Meditasi

Cara meditasi dapat mengurangkan kesakitan yang dihadapi oleh pesakit kanser. Cara meditasi ini meliputi teknik-teknik hipnosis, ‘bio-feedback’ dan meditasi. Cara hipnosis adalah cara yang dikatakan paling berjaya. Ini adalah menurut penilaian ahli panel Institut Kesihatan Kebangsaan (National Institute of Health).

Mengikut cara perubatan meditasi, pesakit diajar teknik-teknik berehat dan menyenangkan badan. Meditasi ini juga dibuktikan dapat meningkatkan aktiviti pembunuh semulajadi sel-sel kanser. Pesakit yang melakukan meditasi didapati mempunyai jangka hayat yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pesakit yang tidak melakukan meditasi.

5. Kesimpulan

Perubatan komplimentari yang meliputi perubatan naturopati, homeopati, herba, meditasi dan lain-lain telah menjadi semakin penting dalam menangani masalah pesakit kanser. Ia boleh membantu pesakit kanser dalam menangani masalah tekanan dan kesan sampingan perubatan konvensional seperti radiasi dan kemoterapi di samping berupaya memulihkan pesakit.

Banyak hospital mula menawarkan dan menasihati pesakit-pesakit kanser untuk menggunakan perubatan alternatif bagi merawat diri mereka. Pesakit-pesakit kanser di Pusat Kanser Komprehensif Duke di Durham juga diberi rawatan dengan cara meditasi, ‘bio-feedback’ dan berdoa di samping cara perubatan moden.

Para doktor dan pesakit haruslah diberi kebebasan untuk memilih cara rawatan yang mereka suka. Perasaan ragu-ragu serta syak wasangka terhadap perubatan komplimentari ini harus ditolak. Perubatan komplimentari harus dicuba oleh pesakit kanser kerana ia pernah dibuktikan berjaya memulih atau mengurangkan kesakitan pesakit kanser. Oleh itu, perbadanan-perbadanan perubatan komplimentari harus diberi peluang untuk memperkembangkan cara rawatan mereka.

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

Doa Jumak 1

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.


Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;

Doa Jumak 1

Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.

Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.

Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.

Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.

Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.


Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri

1. Doa Bersetubuh

Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.

Doa Jumak 1
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.


2. Doa ketika hampir keluar mani

Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.

Doa Jimak 2

Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)


Wallahu’alam

Jum jalan sempena cuti-cuti Malaysia....





Kaya Harta atau Kaya Jiwa?



Setiap kita mengimpikan kesenagan hidup dalam limpahan harta dan kemewahan . selalu juga kita menganggap kekayaan harta benda lebih bermakna daripada kekayaan hati dan jiwa. Disebabkan itu selalu kita terjatuh dalam perbuatan yang tidak diingini kerana lebih mengejar kekayaan dunia melebihi kekayaan akhirat.

Rasullah bersabda yang bermaksud : ” Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan yang sebenar-benarnya ialah kaya jiwa.” ( Riwayat Bukhari )

Masih ingatkah kita Qarun pada zaman Nabi Musa yang menjadi contoh manusia kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya ? Dia bakhil juga boros pada perkara-perkara yang tidak kena pada tempat ( perkara yang haram) sedangkan islam memerintahkan umatnya berserderhana dalam membelanjakan harta disamping mengeluarkan zakat yang difardukan.

Mendapatkan kekayaan tidak salah sama sekali. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam islam. Selagi seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawab dengan sempurna

Namun mana yang lebih utama ? Hidup mewah tetapi kosong jiwa atau hidup sederhana tetapi kaya jiwa?

Kejohanan MSSC Semerah 2010

Tahniah untuk SK Peserai kerana telah berjaya membuat kejutan pecah rekod pada hari pertama kejohanan. Di harapkan banyak lagi kejutan pecah rekod dapat dicapai oleh para atlet pada kejohanan esok. Sama-sama kite berdoa mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan kita.Ameen ........

Salam Maulidurrasul kepada semua warga SK Peserai


Sambutan Maulidurasul pada tahun ini agak sederhana tetapi meriah dengan adanya perarakkan semua warga SK Peserai. Majlis di serikan lagi dengan alunan kompang semasa perarakkan dan dua persembahan nasyid dari pada para pelajar. Alhamdulillah majlis dapat berjalan dengan lancar .